Tutup segala apa yang patut. Ya, perkara ni subjektif. Tutup apa? Aurat, cerita, diri, perbuatan, etc.
1-Tutup aurat.
Yes, wajib bagi orang Islam untuk menutup aurat. Selangkah kita (anak perempuan yang sudah akil baligh) keluar dari rumah dengan tidak menutup aurat, selangkah lah bapa kita menuju ke neraka. kesian kan? Memang, sbb dia ayah kita! :3 Menutup aurat, pun subjektif. Dengan menutup kepala saja, belum membuktikan anda menutup aurat. Pakaian? Macam mana? Itu yang ramai orang pertikaikan. Apa yang kita tahu, pakaian kita hendaklah tidak menampakkan bentuk tubuh kita. Kan? Ini bukan nak kondem sesiapa, aku sendiri pun belajar untuk menutup aurat dengan betul. Tapi bagi sesiapa yang berpendapat " belum datang seru, bertudung belum tentu baik" maaflah, sekurang-2nya anda wajib juga untuk menutup aurat sebab ini tuntutan agama kita :) Tak semua pun jahat bila bertudung. Yang nak masuk syurga tu kita kan? So biarlah orang-2 luar sana cakap macam-2, okay? :D
2-Tutup cerita.
Ni, banyak konflik. Dia dulu macam tu macam ni. Dia cerita lah itu ini dengan harapan sidia boleh terima segala perbuatan lama dia, sekarang dia dah berubah. Yang tu cerita kawan dia macam tu macam ni, depan-2 lain, lembut tulang dari kulit :3 Macam ni la ya. Allah bagi kita otak dan akal untuk berfikir. DIA dah jaga aib kita sebaiknya, kenapa kita mahu bukak? Okay, dalam situasi yang perlu tu perlu lah. Ni kalau yang jenis nak mintak simpati. Sorry, jangan buat macam tu tau :) And paling penting, kena ingat.. Awak bukak aib seseorang, Allah akan bukak aib kamu. So, jagalah diri kamu sendiri. :)
Tapi ada yang takkan pernah tertutup. Iaitu pintu taubat :) InsyaAllah.