Saturday, 19 May 2012

SOAL HATI.

Salam! Hyehye korang. Haha, actually aku pun takthu la siapa je yang baca blog aku ni. But, who cares? Haha. Tetiba pulak harini aku nak berkata soal hati. Atau lebih tepat bila dikatakan, ianya soal cinta :)

-Ramai yang dah pandai bercinta zaman sekarang ni. No wonder la, kita tengok orang sekeliling kita ada je dengan pasangan masing-2 kan? Haha. Tapi kenapa masih ada 2.5 juta (untuk wanita) yang masih belum berkahwin manakala 1.5 juta untuk pihak lelaki? Mungkin belum sampai jodoh kan. Wallahualam. Jodoh tu rasia Allah S.W.T. As we know, cinta tu datang tiba-2. Kita tak minta pun. Ada yang kita nak sangat dia jadi milik kita, and ada juga yang taknak lahh dia tu jadi saya punya, tak minat katanya! Opss, kita takboleh nak elak pun if memang dia untuk kita. Kebanyakannya sekarang ni, pasangan kita tu.. kita yang cari sendiri kan? Ya, seronok sebab kita puas hati kan? Ada jugak yang parents carikan. Wahh, alhamdulillah pada yang kekal tu.

Okay, sekarang ni aku terdetik nak luahkan pasal benda sebab aku sendiri dalam keadaan ini, (in love).. and sebabkan kawan aku yang sedang bersedih gagal dalam bercinta. Dalam hal macam ni, tak boleh pun nak salahkan sebelah pihak atau orang lain. Tapi cari kesalahan sendiri dulu. Aku? Boleh dikatakan aku happy, bahagia dengan sidia. Kalau dulu, aku beria sangat nak post iloveyou kat wall fb dia hari-2 tapi bila aku fikirkan semula.. CINTA MESTILAH BERSEDERHANA. Aku pegang kata-2 tu sebab, andaikata kami takde jodoh, sekurang-2nya aku tahu, aku pernah sayangkan dia dan tak terlalu mengharap. Tapi itu tak menunjukkan aku tak sayangkan dia, lagipun if dia yakin aku sayangkan dia, and that's it. I always love him, InsyaAllah. Bagi kawan aku yang sedang bersedih tu, aku harap korang jangan berputus asa. Cinta tu datang dan pergi, kita takde kuasa pun nak hold dia selama kita mahu. Allah dah rancangkan yang terbaik untuk hamba-Nya. Semua orang pernah lalui semua ni. Macam mana kita tengok orang lain kuat nak teruskan hidup, why we not? Kita boleh! :) Pentingnya bersederhana dalam cinta, untuk elakkan yang macam ni lah. Meraung terpekik terlolong, melopong bila pasangan kita pergi. Sorry, aku cakap ikut pengalaman okay :3 Benda-2 ni banyak ajar aku erti bersabar. And tak dinafikan, aku tahu sekarang pun aku masih tercari-cari kunci bahagia untuk cinta kami. Tapi InsyaAllah, andainya dia adalah jodoh aku, itulah kunci kami :)

Nobody is perfect. Kena tahu tu. Semua orang buat silap, nama pun manusia kan. Aku sendiri ada buat silap. Mungkin sidia makan hati dengan perangai aku, aku mintak maaf banyak-2. Itu pentingnya jujur, dan saling berkomunikasi.  Korang, korang dan korangg.. cinta tu tak buta. Memang tak buta sebab cinta takde mata. Kita yang boleh jadi buta sebab cinta. Cinta tu tak kejam, kita yang jadi kejam sebab cinta, pentingkan diri sendiri. Pls la, kita bukan hak dia yang sah.. bagi la ruang sikit untuk dia enjoy life dia :) Cinta jugak tak bodoh. Kalau kita berada dalam paksi yang betul dalam sebuah cinta, kita boleh handle dengan baik. InsyaAllah..

Pada yang bercinta tu, bercinta dengan elok. Bukan huha sana sini.. Awak sayang dia, dia sayang awak, jaga elok-2. Masing-2 ada awek, ada balak, so jangan show-off, okay? If sidia tu cantik sangat pun jangan show-off, kang berebut pulak :) Pada yang putus cinta tu, jangan dikenang benda yang lepas. Bila dapat cinta baru, jaga elok-2. Jangan duk huha sana sini, nanti awak juga yang kecewa. Kita sama-2 pernah laluinya kan? So, bercintalah dengan sederhana..

Bismillahirrahmanirrahim..
″Ya Allah, Ajarkan kami mencintai dgn sederhana, Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, Ajarkan kami untuk lebih mencintai-MU dan kekasih-MU,Ya Allah, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, Aku mencintainya kerana-MU, Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yang terbaik menurut Engkau Ya Allah, teguhkanlah iman kami agar kami tak terpesong dari landasan-Mu" ... Amin Ya Rabbal Alamin ♥



.iloveyou.


*p/s : semua ni untuk aku jugak dan sesiapa yang membaca :)