Sunday, 17 June 2012

And I wish...

Assalamualaikum, and hyeeee you guys! What's up? I'm getting better, four days in bad condition but now I'm feeling better than yesterday. Alhamdulillah. So, what's story to talk about? Hahaha. Jummm!

I loveee to talk about my birthday, for this year. Haah, memang lambatt lagii, lambat sangatttt. Tapiii, aku tetap nak bagitahu. Hahaha. Tahun ni, birthday aku jatuh pada hari khamis, satu awal muharram. Memula, aku plan dah nak itu ini itu ini, tapii bila check dekat kalendar, perghhh jatuh kat hari dan bulan baik lak tuuu. Bukan pe, kalau boleh aku nak sambut ala kadar  je kan. Sebabnya, aku impikan sebuah kek yang bentuk DSLR tu, takpun bentuk hati.. Tapiii, kat mana aku nak tempah pun aku takthu. Hahaha, innocent aku ni kan? :3 Whateverrrr~ Btw, aku nak sangat kek cmtu, takpe2.. aku akan try jugak cr kat mana2 yang ada.

Umur? Ehhh baikkk sikitttt. Muda remaja lagi tauu. Auwww, hahahaha. Tua ke muda kee, apa yang dikisahkan? Elokkk derrr~ Age is just a number. Doesn't matter okay :P Tapi nak ikutkan, tak elok kan sambut2 birthday ni.. Ikut budaya luar pulakk. Kang tersongsang lakkk akidah kita. Ye tak?? Tapi, apa pun semua tu berdasarkan niat kita jugak. Takyah sampai tiup2 lilin. Kalau aku pun taknak tiup2, membazir gas lighter tu je nak hidupkan api, lepas tu tiup2. Hahahaha~ Baik baca doa, potong kek, makan! Perghhh lagi sodappp nokk. Nakk kekkkk~ Akan usahakan jugak supaya dapat kek yang aku idamkan tu. InsyaAllah :D



Haa, ini laa kek yang maksudkan. Comelkan? Hihihi. Mabelesss kalau dapat yang macam ni. Perghhh :D Nak nak nak nakkk~



Haaa ni pulakk yang berbentukk hati. Tapii tak comel laa warna pepel. Warna putih atau merah kan cantik, siap ada strawberry lagi. Perghhh~ Hahahaaha. Demand kan? Tapi nakk :3

Aku nak kek yang berbentuk ni bukan pe. Teringat pulak masa aku umur dua tahun, masa kecik2 dulu tu laaa. Mama tempahkan aku kek bentuk number dua sebesar meja kopi (alaa dulu2 punya meja kopi tak besaq mana pun tapi bg yg jakun tuh nampak besaq lah) wahahaha. Memang terbaik, aku nak macam tu. Mengenang nostalgia lama la katakan, huehuehue :P Apa salahnya kan? Bukan buat salah pun.. :3

Haaa, laa ni mai kita cite hat lain plak. Musim bertunang dan berkahwin. Tidak lerr nak jeles hape pun, cumanya tak larat nak menjawab soalan2 pihak yang bertanya. Almaklumlah, anak dorang yang sebaya aku ni dah pun berkahwin, yang ada anak pun hade, ehh kisah ke teman? Hahahaa. Ni bukan pasai kisah ke idok, tapi pasai hat mulut yang p bawak tang tu tang ni. Woww, hebattt anggg naa ~~

Takpa laa, anak ang dah kawin, dengan anak org berada plak tu. Alhamdulillah.. Dapat pulak menantu hensem, huihhh lagii lebaq laa ang senyum na :D Takpaa, rezeki tu.. syukur alhamdulillah. Tapi yang tak sedap tuh bila dok nanya ke aku ni bila nak kawin, bila nak nikah, bila nak p caghi calun. Uihhh mokcikkk, sabaqq laa dulu naa.. Anak mokcik tuh dah sampai dahh jodoh dia, biaq laa depa kawin dulu. Saya ni kawin sat g laa.. Bagi kawan2 lepas dulu. Hihi. Bukan la taknak mencari makcik oiii, tapi sibuk duk caghi duitt. Mana nak p bayaq tu,bayaq nih, kenduri tu kenduri nih. Kan makcik? :)

Kalau ada jodoh tu tak kemana makcik oiipp. Takpa laa, kita ni dok merancang segala, tapi Allah tu yang menentukan semuanya. Ye tak? Kawan2 aku yang dah selamat berumah tangga nuh, yang kawin tak bagitau kami2 ni, takpa laa. Tak terasa pun aihh, kami doakan ampa semua kekal bahagia sampai ke hari tua, jadilah suami isteri yang sejati, jangan lupa saling menegur, jgn duk ego2 sangat.. Terikut perangai masa bercinta dulu, takmo3. La ni, ampa dah selamat nikah, pandai2 lah setel problem na :D Kami sayanggggggg kt ampa semua. Muahhhxx. Hehehe. Pahni, dah ada anak, jangan lupa post gambaq, nak jugakk tengok wajah sicomel tu. Agagaga

Pada yang nak melangsungkan perkahwinan ka, pertunangan ka yang akan datang ni, usahlah ditanya bila turn aku yee. Jodoh, ajal, maut, kiamat tu.. semua rahsia Allah S.WT. Aku nak jawab pa pun takboleh. Ada jodoh, sampai giliran aku, adalah undangan untuk ampa semua na~ :)



InsyaAllah, akan datang ye akak abang makcik sedara2 semua. Jangan ditanya saya lagi, kekadang sesak saya nak menjawabnya. Maklum sajalah, saya ni perempuan, nak menjawab pulak takde pihak lelaki yang nak mendukung kata2. So, harap faham la yee :D 

Penat memang penat duk melayan kerenah member2 yang dah masuk ke alam baru ni, alam bahagia ni. Hahaha, takpe laa, aku tumpang happy tau beb. Bukan senang nak tengok korang ni senyum ada dua tiga makna tersirat :P Agagaga. Next undangan pada bulan Julai, disusuli bulan Disember dan akan datang tahun depan, yee InsyaAllah, saya datang ye kawan. Semoga korang semua dirahmati Allah, diberikan umur yang panjang, dikurniakan anak yang soleh/solehah. Amin.

Takdak pa lagi nak diomelkan, perut pun sudah kosong. Hahaha nak attend kenduri, takdak pulak memalam cmni kan :P Makan luaq ja laa maknanya. Hihihi~ Baiklahh. Kata akhir dari saya, maaflah andai ada terkasaq bahasa ka, apa ka, maaflah. Saya budak2 lagii, lainlah macam korang2, dah jadi bini orang kann, tinggai nak timang anak ja. Hahaha, okayy you all. Semoga dimurahkan rezeki buat semua hamba-Nya. Amin. Assalamualaikum.


p/s : Benda baik memang tak baik dilengahkan. TQ kawan sebab menjemput! Love!