Wednesday, 5 September 2012

Cerita Pendek- Maafkan Min!

" Awak ni, suka sangat cakap takde masa! Kita semua ni sama je okay. Masing-masing dalam hidup ada 24jam! Apa lah sangat setakat kerja awak tu?", marah betul aku kat anak orang ni. Nasib baik la boleh kawal lagi. Fuhhhh.

"Iyee, saya tahu salah saya. Sorry la. tapi serius, saya memang busy sangat.. Saya takde masa. Next time saya akan cuba jugak luangkan masa dengan awak. Okay?".. Ayat memujuk aku la tu! Haishhh, ikutkan rasa sekarang ni, memang takde maaf bagimu la kan. Tapi nasib la aku sayang dia beb! Haha.

"Okay. Tapi tak payah nak next time sangat la. Sebu dah telinga saya ni dengar ayat macam tu. Tapi sudahnya, macam ni la. Makan hati!"

"Sudah-sudah laa buat muka comel macam tu. Dah macam beruang kutub je awak buat muka macam tu sayang. Hehehee"... Perghhh dia senyum tu memang buat aku cair seyh. Haduiii, untunglah lambat lagi nak kahwin. Pendam je laa sayang ni sampai lebam kan! Sedihnya..

Lama dah aku simpan rasa sakit hati ni. Sungguh! Lama betul, tapi entah dari mana aku dapat kekuatan nak bersabar sampai macam ni sekali. Teruk betul busy dia tu. Siang malam, ada je alasan dia. Tapi yang peliknya, aku boleh pulak taktahu mana dia pergi, apa dia buat. Apa yang aku tahu, dia kerja kerja kerja dan kerja! Itu katanya, tapi apa yang sebetulnya, entahlah! Dulu pernah jugak dia cakap nak ikat dulu hubungan ni, tapi aku pulak jual mahal. Tak ready lah konon! Hahaha, sekarang makan hati sepanjang masa. Ambikk!... Lagu Mimpi Yang Mati terus bermain.. Aku tetap dalam khayalan. Merewang habis fikiran aku ni. Itu ini itu ini duk mikir, sampai tak sedar jam hampir pukul 8malam.

"Eh.. Janji dengan aku harini nak jumpa. Nak cakap something. Tapi nape dia tak sampai-sampai lagi ni?" Getus hatiku. Lantas kucapai telefon bimbit dan mendail nombor beliau. Sekali.. Dua kali.. Tiga kali.. Masih tak berjawab. Ku cuba lagi, tetap sama. Perasaan tidak enak menerpa dalam hati aku! Ya Allah, jauhkan la hamba-hamba-Mu daripada malapetaka! Amin.

Terus aku mencapai tas tangan dan kunci kereta. Ku cuba lagi mendail nombornya, tetap sama. Tak berjawab. Sakit hati bercampur risau. Arghhh! 'Mana pulak orang tua ni pegi!', aku marah sendiri. Tiba-tiba.. Telefon ku berbunyi.. 'nombor mak dia?' Soal ku pelik. Dan aku terus meluncur laju, menuju ke rumahnya dengan perasaan yang berkecamuk, bimbang!

"Ibu..", aku melangkah perlahan ke dalam rumah dia. Orang tuanya ku panggil ibu, sudah seperti ibuku sendiri terus memeluk aku, erat.

"Banyak kan bersabar ya Min. Ibu tahu Min kuat" pujuk ibu. Tapi kali ni Min tak kuat bu.. Bukan ni yang Min nak tengok!

Terbujur lemah sekujur tubuh di tengah ruang tamu itu. Makin kuat bacaan Yassin yang dialunkan oleh tetamu-tetamu yang hadir. Entah, tak seorang pun aku kenali. Dan tak mungkin aku dapat mengecam sesiapa pun pada tika itu, dengan perasaan itu.. aku bingung!

"Ibu, Ad sakit apa bu? Nape Min tak tahu? Ad... jangan tinggalkan Min..." lemah aku bersuara. Tak sanggup aku menatap wajah bersih itu. Dia diam, tapi wajahmu bagaikan tersenyum.. Luluh hati aku.. Ya Allah, dugaan apa ini..

"Min, maafkan ibu. Tak bermaksud langsung nak rahsiakan apa-apa pun daripada Min.. Ad yang mintak ibu rahsiakan. Atas nama seorang ibu, ibu turutkan je apa Ad nak.." Ibu terus memujuk aku. Ingin saja aku meraung sedih, tapi tak boleh! Aku merangkak perlahan ke arah Ad yang sedang terbaring itu.. Lantas ku tatap wajahnya. Mungkin saja untuk terakhir kalinya.. Ya Tuhan, kuatkan la hatiku.. Tiba-tiba Ad membuka matanya, dan memandang ke arahku. Ingin menyatakan sesuatu aku rasa. Ku dekatkan telingaku dibibirnya. Nafasnya turun naik.. Tapi dipaksa jugak untuk bersuara.. Gugur sudah air mataku, sedih melihat keadaan dia!

"Min.. Ad... mintak.. maaf..." satu persatu perkataan yang keluar dari mulut itu. Takpe! Aku tunggu Ad!

"Ad.. sa..yang.. Min. Maafkan... Ad, sebab... Ad tak.. bo..leh.. nak ja..ga.. Min " Makin berdebar rasanya, jantungku berdegup pantas. Turun naik nafas Ad ketika itu. Seksanya dia.. Ibu sibuk menenangkan Ad tapi.. dia berkeras mahu bersuara. Penting katanya. Kenapa??

"Ibu, Ad nak cakap apa tu bu...?" soal ku perlahan.

"Ad, jangan paksa diri tu, nak. Ibu taknak Ad penat.." jatuh terus air mata ibu.. Teresak-esak ibu menangis. Aku makin penasaran, apa yang Ad nak cakap kan ni??

"Min, Ad.. tak la..ma. Ad tinggalkan sesuatu.. untuk Min. Ibu tahu.. mana Ad le..tak. Lepas Ad pergi.. Min, tanya ibu.. ya?" lain benar tiap patah perkataan Ad. Tak lama? Sesuatu? Ad, jangan tinggalkan Min..

"Ad jangan banyak bercakap lagi ya. Min ada sebelah Ad ni. Min jaga Ad ya. Takpe kalau Ad takleh jaga Min... Ad kena kuat ya" aku terus memujuk Ad, walhal aku sedang memujuk hati aku sendiri! Pedih!

Tak semena-mena dada Ad berombak. Laju dia bernafas. Salah seorang tetamu tadi pergi ke sebelah Ad. Menyuruh Ad mengucap. Bergerak perlahan bibir Ad mengucap ayat suci itu. Dan... ketika itulah kurasakan aku tidak lagi berdaya.. Ad....

Ibu tak sudah-sudah menenangkan aku. Benda yang lepas jangan dikenang. Sudah seminggu Ad pergi mengadap Illahi.. dan aku masih termenung, bersendirian. Surat dan kotak pemberian arwah, belum lagi aku sentuh. Aku tak sanggup.. Tapi aku harus juga membuka dan membaca apa isi surat itu. Lantas ku capai surat berwarna ungu itu.. Wangi baunya..

Assalamualaikum.. sayang..
Maafkan Ad sebab rahsiakan sakit Ad. Maafkan Ad sebab tak dapat nak jaga Min, sebagaimana yang Ad dah janjikan dulu. Maafkan Ad sebab tak dapat bersanding dengan Min, lima bulan lagi kan? Maaf..

Min,
Dulu, Ad selalu cakap Ad takde masa dengan Min kan? Bukan sebab Ad busy kerja.. Tapi Ad buat pemeriksaan susulan berkaitan penyakit Ad. Bukan niat Ad nak rahsiakan daripada Min, tapi Ad taknak wajah Min dihiasi dengan kerisauan pasal sakit Ad. Tak, Ad cuma nak tengok Min senyum, happy. Ad suka dengar Min marah-marah, comel sangat :)

Ad taknak Min lemah.. Lagipun Min kuat. Min boleh hidup tanpa Ad kan? Min jaga makan minum tu tau. Maafkan Ad sekali lagi sebab tak dapat nak jadi imam kepada Min.. Jagakan ibu Ad untuk Ad. Dia macam Min, dah takde sesiapa.. Tolong ye, sayang? Ad sertakan hadiah buat Min, buat yang terakhir kali dari Ad.. Sebuah Al-Quran.. Ingat lagi kan, ini yang Min mintak sebagai hantaran nanti. Ad tak dapat nak bagi depan-depan, maafkan Ad.

Jaga diri ya Min.. Doakan Ad tenang didunia baru.. Min jangan tinggal solat ya. Ad sayangkan Min.. sangat..



Menyayangimu,
Kamarul Adha.

Ku genggam erat kotak berisi Al-Quran itu. 'Insya-Allah, Min akan jaga amanat Ad baik-baik'... Maafkan Min sebab selalu marahkan Ad. Ad takde buat salah dengan Min, maafkan Min! Semoga roh Ad tenang disana dan ditempatkan disisi orang yang beriman. Amin.